Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012.
No Sijil Pendaftaran : 5337/2012.
Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.
Harap maklum ...
Setelah mendapat kelulusan Presiden EOCM,Tuan Shazli Bin Ibrahim ( yang masih dikuarantin dirumah kerana H1N1 ), tepat jam 10.35 malam, 26 Mac 2014, saya dengan ini mengumumkan logo baru EOCM adalah seperti dibawah.
Pemenang pertandingan logo ini masih saudara Sheikh Omar dari Johor kerana logo ini masih mengekalkan huruf dan design yang sama,cuma sedikit perubahan pada bentuk dan kedudukan exora.
Logo ini akan menjadi logo rasmi kelab dan sebarang penggunaan atau pengubahsuaian logo ini oleh ahli hendaklah mendapat kebenaran AJK Induk . Logo EOCM yang lama seperti yang telah diputuskan dalam AGM 2,bukan lagi logo kelab dan diminta semua ahli supaya tidak menggunakan logo itu lagi.
Sekiranya masih ada yang menggunakan logo tersebut,adalah menjadi tanggungjawab sipengguna logo jika ada sebarang isu timbul dan kelab tidak akan bertanggungjawab
PROUD TOGETHER
Sekian
Mohamad Fauzi@TRILL
EOCM026
PEN. SETIAUSAHA
EOCM
0 Comments
Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.