Ilmu Akhir Zaman




Bau Minyak Dalam Cabin Exora !!!

Lagi masalah Exora ???
Entahlah…
Cuma bebaru nie, aku terserempak ngan bekas rakan sekerja.. Sembang punya sembang, rupa-rupanya dia pun pengguna Exora jugak.. Bila dah tau, mulalah topik perbualan beralih kepada isu berkenaan Exora…
Kebaikan Exora…
Keburukan Exora…
Kelemahan Exora…
Sehinggalah kepada satu isu yang sebenarnya pernah aku terperasan sebelum nie, cuma tak terfikir, apakah ianya satu lagi kelemahan dan keburukan kenderaan mpv buatan Malaysia nie…
Seluruh ruang dalam Exora berbau petrol selepas setiap kali mengisi minyak… Macam biasa, bila aku berhenti di “petrol pump” untuk mengisi minyak, aku akan mematikan enjin dan membuka semua tingkap.
Setelah mengisi minyak, aku menutup semua tingkap, sebab anak-anak aku memang selalu nak pasang air-cond. Pada masa tu lah, aku selalu terperasan yang seluruh ruang kabin tu berbau minyak petrol… Walau pun cuma seketika, namun memang menyesakkan hidung jugak lah…
Sebelum bekas rakan sekerja aku tu timbulkan isu nie, aku tak terfikir pun ianya adalah satu lagi kelemahan dan keburukan Exora…. Menurut rakan aku tu lagik, bila dia tanya “pomen”, dimaklumkan yang paip minyak Exora terdapat kebocoran…
Hrmmm… Entahlah….Tapi betul ker itu pun salah satu kelemahan dan kekurangan kualiti Exora ????
Sumber : http://www.bujang3.wordpress.com

Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments