Ilmu Akhir Zaman




Proton Exora Bold Premium CFE (Turbo), Exora CPS Specifications

Salam... saja nak kongsi pengalaman dengan kereta mpv Malaysia yang pertama ni...
sebenarnya mpv yang bernama exora ni dah lama....dah 4 tahun semenjak di lancarkan pada tahun 2009.
masa di keluarkan tu macam-macam tomahan dari pengkritik-pengkritik sukarela =) lebih-lebih lagi bila kuasa yang diberikan untuk menggerakan mpv seberat 1,486 kg ni dengan enjin Campro CPS 1.6 (rujuk spesifikasi di bawah)
  Exora CPS Specifications
Powertrain & Performance
EngineCamPro CPS, 4 Cylinder, DOHC 16V
Maximum Speed (km/h)170 km/h (106 mph)
Acceleration 0–100 km/h (sec)12.9 seconds (Manual)
Maximum Output hp(kW)/rpm125 hp (93 kW) / 6,500 rpm
Maximum Torque (Nm/rpm)150 N·m (111 lb·ft) / 4,500 rpm
Full tank capacity (Litre)55
Tyres & Rims195 / 65 R15, Alloy, Steel
Chassis
Power SteeringHydraulic Power Steering
Suspension (Front/Rear)MacPherson Strut/Torsion Beam
Brake (Front/Rear)Disc/Drum

So cuba bayangkan kalau Mpv ni dinaiki oleh 7 orang dewasa dan menaiki kawasan tanah tinggi =)
Tiada masalah sebenarnya... dengar mulut orang dari cuba sendiri memang tu dah tabiat orang kita...
dah berapa banyak exora menaiki Genting Highlands dan Cameron Highland takda plak masalah mendaki... nak kata underpower tu memang la... tapi tak da la macam lori merangkak pelahan-lahan tu... enjin meraung?? dah memang tu terkenal dengan enjin campro ciptaan proton sendiri... sound profing kena lebih perkemas yer encik Proton..
Ok berbalik kepada tajuk asal yer... sebenarnya family saya sendiri telah pun memiliki mpv keluaran proton ni.. cuma yang kami beli ni versi yang dah di tambah baik setelah proton mendengar feedback dari orang ramai dengan mpv yang dikeluarkan mereka setelah 2 tahun masa berlalu. Hujung tahun 2011 akhirnya proton telah melancarkan Proton Exora yang telah dikemaskini dengan enjin baharu dan juga rupa luaran dan dalaman yang lebih menarik. Terdapat 2 versi yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu Proton Exora Bold Prime dan juga Proton Exora Bold Premium masing-masing yang menggunakan tenaga enjin baharu yang berkuasakan TURBO! Ada sesiapa lagi yang masih mempertikaikan lagi dengan prestasi yang dikatakan underpower sebelum ini?? Mungkin anda kategori gila kuasa....
Untuk model Prime, mpv ini dikhususkan sebagai mpv eksekutif yang mana faktor dalamanya yang lebih mewah berbanding dengan model Premium. Exora Prime didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Absolute Brown. Bahagian dalamanya dilengkapi dengan keseluruhan kemasan kulit bagi menampakkan kemewahannya dan yang pasti model ini hanya direka untuk 6 penumpang sahaja berbanding 7 penumpang untuk model Exora yang lain. Terdapat 3 LCD tv yang di sediakan untuk kemudahan multimedia penumpang iaitu di hadapan panel dashboard dan 2 di belakang 'head rest' penumpang hadapan dan beberapa lagi ciri tambahan khas.


Untuk kereta familyku, kami memilih model Exora Bold Premium sahaja yang sesuai dengan baget kewangan ("_,) Alhamdulilah... kereta familyku dikeluarkan  bulan April 2013. Alhamdulilah kami semua berpuas hati dengan kuasa enjin Turbo yang dibekalkan dari Proton (spesifikasi enjin CFE seperti dibawah)
Exora CFE Specifications

Powertrain & Performance
Engine
CamPro CFE, 4 Cylinder, DOHC 16V
Maximum Speed (km/h)
185 km/h (115 mph)
Acceleration 0–100 km/h (sec)
11.3 seconds
Maximum Output hp(kW)/rpm
138 hp (103 kW) / 5,000 rpm
Maximum Torque (Nm/rpm)
205 N·m (151 lb·ft) / 2,000 ~ 4,000 rpm
Full tank capacity (Litre)
55
Tyres & Rims
205 / 55 R16, Alloy / Wheel caps
Chassis
Power Steering
Hydraulic Power Steering
Suspension (Front/Rear)
MacPherson Strut/Torsion Beam
Brake (Front/Rear)
Disc/Disc

Kelebihan-kelebihan  yang ada pada Proton Exora yang banyak orang tidak tahu ialah cirri-ciri keselamatan yang ditawarkan iaitu Ride & Handling @ Lotus Handling yang semestinya tidak terlepas dari mana-mana kereta keluaran Proton. Walaupun MPV, namun ciri-ciri pemanduan tetap di tala khas bagi pemanduan yang meyakinkan dikala di selekoh-selekoh ataupun ketika memecut laju. Proton Exora dilengkapi dengan 2 beg udara hadapan dan juga sistem brek ABS dan EBD yang memastikan cengkaman brek dapat diagihkan dengan betul di saat memerlukan. MPV dengan kuasa CFE ini dilengkapi dengan 4 brek dics berbanding model exora cps yang hanya 2 dics brek hadapan dan drum di belakang.
Proton Exora juga dilengkapi dengan Body Control Module (BCM) iaitu teknologi yang banyak terdapat pada kereta-kereta eropah. Antaranya ialah:
1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)
2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.
3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)
4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)
5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)
6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang  yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.
7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.
8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)
9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.
10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.
11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta dalam tempoh 10 minit selepas enjin dimatikan.
12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)
13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.
14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)
15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.
16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h. (Really helpful in highway. Aku kene buat secara manual)
17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 5 kali. (Sesuai untuk pemandu-pemandu di Pasir Gudang & kaki Wangan atas highway)
18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.
19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.
20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya
Alhamdulilah… banyak ni sajalah yang dapat dikongsikan bersama untuk tatapan bersama.. so far sangat berpuas hati… Bye hee…vrooOmm Kepish kepish..(bunyi turbo)
Pada yang masih ragu-ragu dengan keselamatan Proton Exora, untuk makluman ujian pelanggaran yang dibuat oleh ANCAP, Proton Exora meraih 4 bintang daripada 5 bintang. rujuk website http://www.ancap.com.au/crashtestrecord?Id=539 untuk maklumat lanjut. Honda Accord kebanggaan orang Malaysia kita pun 4 bintang jugak hehehe http://www.ancap.com.au/crashtestrecord?Id=537
so support la buatan Malaysia...
Sumber : http://tomiotom.blogspot.com/



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

1 Comments

Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.