Ilmu Akhir Zaman




Kelebihan Dan Kekurangan Proton Exora

Sudah lebih kurang setahun setengah aku pakai Exora. Walaupun sekadar enjin CPS, setakat ni, secara keseluruhannya, aku masih berpuas hati.


Namun begitu ada juga point-point yang aku kurang berkenan yang aku rasa Proton boleh memperbaikinya pada masa akan datang.

Jadi kali ini, aku nak kongsikan pendapat jujur aku dalam kekurangan dan kelebihan memiliki mpv nasional pertama ini.

Sebelum itu, perlu diingat bahawa senarai di bawah ni semuanya adalah pandangan peribadi aku semata-mata, yang sudah tentu bukannya mewakili pandangan masyarakat, kumpulan atau parti tertentu.

Kekurangan

1. Saiz Tempat Duduk
Sepatutnya boleh letak seat besar sikit.

Ada yang cakap aku gemuk bila aku cerita pasal saiz tempat duduk. Sebenarnya aku cuma bandingkan saiz tempat duduk dengan kereta-kereta jenis lain. Bila dibandingkan dengan saiz tempat duduk MPV-MPV lain, misalnya Naza Citra, Toyota Innova dan kereta Proton Wira, aku dapati saiznya memang lebih kecil. Setandinglah dengan Grand Livina. Tapi kecik lagi Alza.

Antara seat dengan pintu tu ada ruang besar, boleh sumbat botol coke 1.5L.



2. Ruang Lutut Kiri Agak Sempit
Tak boleh nak kangkang lebih-lebih.

Kepala lutut kaki kiri tak cukup ruang. Kalau jalan jauh, kaki naik lenguh, tak boleh nak mengangkang sikit  pasal lutut akan kena pada tepi "dashboard gear". Aku tak nampak kenapa bahagian dashboard tu perlu lebar-lebar? Kenapa? Kenapa?

3. Kedudukan Suis Signal dan Wiper Terbalik
Suis wiper dan signal ala-continental.

Walaupun dah lebih setahun aku pakai Exora ni, aku masih keliru dengan suis wiper. Kalau nak on wiper, aku mesti tak confident. Kena pastikan dulu betul-betul, bila dah pasti tuil tu ialah tuil wiper barulah aku on.

Sebagai negara yang pemanduan belah kanan (right-hand-drive), aku tak faham kenapa mesti tiru design ala-conti yang tak praktikal macam ni. Kebiasaannya bila tiba simpang, tukar signal guna jari tangan kanan lepas tu tangan kanan kawal stereng, tangan kiri tukar gear (manual).. bila dah terbalik, walaupun boleh..tapi kurang praktikal.

4. Indicator Air Cond Biru Silau
LED biru tu kalau malam agak  menjolok mata.

Perkara ni cuma hal kecil. Cuma berlaku sekali sekala kalau mata aku letih menghadap PC. Bila memandu dengan mata letih pada waktu malam, warna biru itu kelihatan terlalu menganggu. Kalau jadi macam tu, aku tutup jer dengan sapu tangan. Sepatutnya warna lain boleh digunakan, merah ke.

5. Tempat Duduk Tengah di 2nd Row Keras
Tempat duduk tengah tu keras.

Sungguh kasihan pada penumpang yang terpaksa duduk di bahagian tengah di tempat duduk baris kedua. Lebih-lebih lagi kalau perjalanan jauh.

Bahagian bawah keras. Tempat sandar tu pun keras.

Tapi tempat duduk kiri dan kanan memang selesa!

6. DVD Player Tak Ada Speaker

Anak sibuk nak tengok kartun, aku pulak nak dengar lagu, baru best memandu. Dah berebut pulak. Jadi kena letak speaker pilihan kedua seperti pada post yang lepas.

7. Tempat Letak Air Jauh
Sampai tertumpah-tumpah nak letak air tin kat situ.

Aku memang suka memandu sambil minum. Kalau tekak terasa kering jer, aku teguk Ali Cafe ataupun Longjack Orang Kampung. Malangnya di Exora ni, tempat letak air yang jauh ke bawah memang menyukarkan dan membahayakan. Aku terpaksa menunduk untuk ambil air. Dahlah tu, tak sejuk pulak tu pasal jauh daripada air-cond.

Aku sangat suka dengan tempat letak air seperti yang terdapat dalam Wira/Satria. Bila nak guna, kita boleh tarik keluar. Kedudukannya pula betul-betul depan air cond, jadi air sentiasa sejuk.

Penyelesaiannya aku beli tempat letak air di kedai aksesori.
Tempat letak air dekat dengan air-cond dan mudah dicapai RM12.

8. Agak Susah Nak Memotong
Boleh tahanlah power CPS ni.

Oleh sebab Exora aku guna enjin CPS, tak boleh nak buat apalah. Perlu set di minda yang kita ni sedang memandu sebuah MPV, jadi kena drive secara rileks dan santai.

Namun begitu, berbekalkan skill dan kebolehan yang biasa-biasa, kekurangan CPS ini tidaklah mengganggu sangat.

9. Kedudukan Stereng Yang Kurang Bagus
Ada yang tak kena dengan stereng exora samada position atau design.

Ataupun mungkin juga design stereng yang kurang ergonomic. Kalau perjalanan jauh, misalnya antara JB-KL, pergelangan tangan aku mesti sakit dan lenguh semacam.  Sebelum ni aku pernah drive dari JB ke KL naik Saga, Iswara, Wira, Satria Gti, MyVi tak pernah kena macam ni.

Penyelesaiannya, sambil memandu tu kena buat senaman pergelangan tangan macam Usop Weelcha.

10. Agak Bumping
Bagi aku spring/absorber exora ni agak lembut. Jadi kalau lalu Highway Desaru-Senai yang terkenal dengan kualiti tip-top itu, akan bumping juga. Lagi-lagi kalau bawa ramai penumpang. Tapi taklah seteruk Avanza atau Innova. Aku bandingkan dengan kereta biasa aje.

Aku juga dapat tahu, spring/absorber untuk Exora versi yang baru iaitu Bold adalah lebih baik.

11. Noise Insulation Agak Kurang Bagus
Bila aku bandingkan Exora aku dengan Persona bapa mertua aku, aku rasa noise insulation dalam persona agak bagus. Lebih senyap dalam Persona dari dalam Exora. Mungkin juga disebabkan saiz Exora yang tingkap dan pintu yang besar-besar agaknya. Tapi aku rasa masalah ini boleh diperbaiki oleh Proton.

12. Pemain CD/Radio Tiada USB
Dah tahun 2013, ada lagi cd player kereta yg tiada USB port.

Zaman sekarang semua jenis player kereta ada tempat nak cucuk USB. Terkejut juga aku tengok exora punya player tak ada. DVD player kat bumbung tu ada USB, tapi takkanlah nak main mp3 kena on dvd player kat belakang dulu. Sekarang ni mp3 semua terpaksa aku burn dalam CD.

Dah berlambak-lambak CD mp3 dalam kereta. Kalau boleh pakai pendrive kan ke senang.
Terpaksa simpan banyak CD dalam kereta.


Kelebihan

1. Saiz Besar
Body Exora ni memang besar. So, lenggokkan dan goyangan dia masa bergerak tu terasa mantap dan confident. Semakin laju semakin yakin. Bawak 140km/j rasa macam bawa 90 kalau kat highway. Cuma sayang duit jer takut kena saman.

MPV yang bersaiz kecil boleh bawa laju-laju tapi takkan dapat rasa 'kesyokan' yang sebegini.

Kalau diukur sentimeter demi sentimeter, Exora adalah lebih besar dari Toyota Innova. Cuma Innova lebih tinggi.

Blog Prodas Auto sini membandingkan Exora dengan Innova sebelah menyebelah.


2. Ruang Luas
Ruang yang luas dan lapang.

Bila ruang rasa luas, keselesaan tu memang berbeza bila memandu jika di bandingkan memandu dalam ruang yang kecil dan sempit. Lagi pula kalau bawa keluarga untuk perjalanan jauh. Rasa lapang jer fikiran bila lihat keluarga selesa.

Bila dah biasa drive Exora yang lapang, bila masuk kereta lain terasa perbezaan yang sangat ketara.

3. Proton Handling
Memang tak dapat dinafikanlah teknologi by lotus ni. Kalau dulu diorang sebut Lotus handling, sekarang jadi Proton handling pulak. Seronok memegang setering masa jalan lurus dan keyakinan memandu di selekoh.

Apa yang dapat aku bezakan proton handling dengan kereta brand lain ialah kita rasa seolah-olah tayar kereta  betul-betul grip jalan raya, tidak terolen-oleng kekiri atau kekanan. Semasa memotong lori di lebuhraya dalam keadaan laju, lorong nampak sempit. Tetapi oleh sebab handling yang menyakinkan, acara pemotongan berlaku dengan yakin dan selesa.

Lagi satu, sewaktu memandu di selekoh, kurang rasa membuang. Perkara ni memang menakjubkan bagi kenderaan  besar dan tinggi macam Exora yang pada harga 70k ini.

4. Air Cond Sejuk
Hari-hari biasa buka ekon sikit pun dah ok.

Air-cond exora memang sejuk gila. Kalau orang tak tahan boleh demam pasal dia punya sejuk. Setakat ni aku tak pernah buka air-cond sampai maksimum. Paling tinggi pun setengah jer. Kalau jalan belah malam, aku cuma buka sikit jer air-cond.

5. Air Cond Belakang Ada Blower Sendiri
Boleh adjust kekuatan angin ruang belakang.
Dahlah sejuk air-condnya, ada blower asing sendiri untuk bahagian belakang. Boleh set kelajuan 1 hingga 4. Kalau hari panas, memang terasa kelebihannya bagi penumpang.

Lagi satu kelebihannya, proses penyejukkan keseluruh ruang kenderaan lebih cepat. Jadi penumpang akan lebih selesa.

Kalau naik kenderaan yang tiada blower belakang seringkali akan kedengaran "Bang, air-cond tengah tu arahkan ke belakanglah. Orang belakang panas ni!"... orang depan pula akan menjawab "Sabarlah sikit, kejap lagi sejuklah. Aku pun panas ni!"... hehehe..
Air cond di setiap row.
6. Rupa
Dari segi rupa exora, aku sanggup bagi 3.8 bintang dari 5 bintang. Bagi aku MPV taraf 5 bintang dia punya rupa ialah Peugeot 5008 dan Toyota Estima. Cherry Eastar tu pun aku bagi 4 bintang. Ini dari segi rupa paras sahaja, dan standard keluar kilang. Toyota Wish aku bagi 3 bintang, pasal aku rasa design dia sangat out dated.

Okay lah tu.. duduk sebelah Toyota Wish pun masih boleh bangga lagi. (Marah pulak pemilik Wish ni karang..)

6. Seat Paling Belakang Boleh Lipat Satu Satu
Lipat

Tak lipat

Kalau cuma bawa 6 orang, dan banyak barang. Tempat duduk paling belakang boleh lipat sebelah jer. So sebelah penumpang duduk, sebelah lagi barang duduk. Kalau Perodua Alza misalnya, kena lipat seluruh tempat duduk.

7. Jimat Petrol
Bagi sebuah MPV yang sebesar dan seselesa ini, aku berpendapat Exora ni boleh dikatakan jimat minyak. Bandingkanlah dengan Toyota Innova 2.0 ataupun Naza Ria! Boleh juga kalau nak dibandingkan dengan Grand Livina atau Perodua Alza, tapi dengan syarat sama-beratkan kesemua kenderaan tersebut. Jadi, Livina/Alza tu kena sumbat 8 penuh penumpang, tapi exora bawa driver dia je.. hehehe

5. Jimat Road Tax
RM90 sahaja setahun..bia betul?!

Sekali lagi, bagi sebuah MPV yang sebesar dan seselesa ini, aku berpendapat Exora ni memang jimat road tax. Dulu aku pakai Satria, kecik ajer, tapi road tax sampai RM300. Sekarang pakai Exora, besar, cuma bayar Rm90 aje.

6. Jimat Harga
Bagi orang-orang yang kurang berada macam aku ni, Exora ni adalah sangat berbaloi-baloi. Nak bandingkan nilai ringgit dengan apa yang aku dapat adalah beyond expected. Aku memang tak sangka Proton boleh jual MPV yang macam ini pada harga sekitar RM70k sahaja. Tak hairanlah bersepah-sepah orang pakai Exora sekarang ni.

7. Kualiti
Selalu sangat aku terbasa pasal komplen orang yang tidak berpuas hati dengan kualiti Proton. Aku tak boleh nak cakap apa, pasal setakat ni tidak ada satu pun problem yang aku alami.

Tak pernah lagi aku claim warranty untuk mana-mana part sebab tak ada mana-mana part yang problem.

Duit aku pergi ke Exora ni cuma beberapa perkara:

1. Petrol
2. Service berkala
3. Aku pasang reverse camera RM380
4. Speaker DVD player RM40.
5. Tempat letak air RM12
6. Glade RM14.99
7. Ganti sebiji tayar, pasal tayar lama tercucuk besi kat jalanraya RM180 ..tayar seken tapi baru (owner exora tolak untuk tukar sport rim)
8. Stiker-stiker.
9. Tak lama lagi nak tinted bagi gelap sikit (belum buat lagi psal malas tunggu lama-lama kat kedai accessories). Tinted H-Line ni terang sangat. Mungkin 20-30% jer kot.

Aku bukan kaki mod. Exora aku standard keluar kilang. Jadi memang tak keluar duit untuk mod.

Itulah sahaja, pendapat jujur dari aku seorang pemilik Exora yang telah menggunakan kenderaan ini lebih dari setahun setengah. Pendapat aku ni mungkinlah dirasakan agak bias bagi peminat mpv lain, tapi percayalah ini ikhlas. Tak ada niat aku nak menyebelahi mana-mana.

Mungkin post ini boleh dijadikan panduan oleh siapa-siapa yang sedang riki-riki nak beli MPV. "Best ke Exora?" "Bagus ke kualiti dia?" "Boleh percaya ke Proton ni?" Tu semua persoalan-persoalan yang biasa.

Sekali lagi, semuanya ini cuma pendapat peribadi aku sahaja. Aku tak paksa siapa-siapa percaya atau bersetuju. Tapi kalau rasa tak berpuas hati atas point-point yang aku utarakan, silalah tulis pada ruangan komen.

(Harap maaf kerana dalam gambar-gambar di atas, exora ku ni kurang bersih pasal dah lama tak basuh!)

Sumber : http://mancisdahbasah.blogspot.com



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Row 3 seat exora lantai cetek terpaksa kaki berlipat ,kenapa proton tak buat seat row 3 tu sama macam row2 exora? Row 2 luas ,kaki tak berlipat , muat 3 orang, sangat selesa. susah sangat ke?! Biar exora muat 8 orang dengan selesa sebab sekarang ramai cari mpv 8 seat. Kita nak sokong buatan Malaysia. Tolonglah proton, ikut kehendak pelanggan. Sekian

    ReplyDelete

Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.