Ilmu Akhir Zaman




Skru & Spanar: Masalah audio bila guna DVD

Cetak

Kereta Proton Exora saya kerap mengalami masalah audio. Ketika memainkan DVD, bunyinya terganggu dengan siaran radio. Kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengatasi masalah itu?

CHE PURA MOHD YASSIN
Kedah

Pemain DVD di Proton Exora anda menghantar isyarat ke sistem audio melalui gelombang atau frekuensi radio bagi mendapatkan hubungan tanpa wayar.
Proton memilih frekuensi yang unik antara siaran stesen radio atau DVD berkomunikasi dengan sistem audio itu.
Namun ada kemungkinan siaran radio setempat, negara jiran atau peralatan lain yang menggunakan frekuensi sama dan menyebabkan ia terganggu.

Namun, isyarat audio dipancarkan pemain DVD boleh ditala ke frekuensi tertentu dan diselaraskan dengan penerima isyarat audio itu.

Sila rujuk buku panduan kenderaan atau di pusat servis Proton untuk keterangan lanjut bagi menala siaran audio DVD dan menyesuaikan ia dengan sistem pembesar suara anda. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

Sumber : http://www.hmetro.com.my



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments