Jamulah mata anda dengan gambar-gambar ini untuk membantu anda memilih warna untuk Exora baru anda nanti:-
Exora dalam pelbagai warna
Exora warna Biru Kabus (Blue Haze)
Exora warna Kelabu Besi (Metal Grey)
Exora warna Kelabu Besi (Metal Grey)
Exora warna Hitam Ketenangan (Tranquility Black)
Exora warna Hitam Ketenangan (Tranquility Black)
Exora warna Perang Pirit (Pyrite Brown)
Exora warna Perang Pirit (Pyrite Brown)
Exora warna Biru Gaia (Gaia Blue)
Exora warna Biru Gaia (Gaia Blue)
Exora warna Putih Asli (Solid White)
Exora warna Putih Asli (Solid White)
Enam warna semuanya. Untuk membantu anda dalam mengumpul wang tempahan untuk Exora, ini butir-butir bayaran yang harus dijelaskan:-
Proton Exora Baris Tinggi (High Line), Transmisi Automatik (AT) – RM75, 998 harga di atas jalan (OTR)
Proton Exora Baris Sederhana (Medium Line), Transmisi Automatik (AT) – RM69,998 harga di atas jalan (OTR)
Yuran Tempahan RM1,000. Yuran tempahan boleh dipindahkan (dengan dokumen yang lengkap) kepada waris terdekat, namun tidak akan dikembalikan jika tempahan ditukar kepada model Proton yang lain.
Model, warna dan cawangan pengedar yang berbeza akan berbeza dari segi tempoh penghantaran kereta.
Tempoh jaminan pengeluar adalah 3 tahun atau 100,000 kilometer pertama, yang mana lebih dahulu.
Tempoh Jaminan Lanjutan (EWP) adalah 2 tahun atau 75,000 kilometer seterusnya, yang mana lebih dahulu.
Kadar faedah pinjaman ialah 3.75% sehingga 9 tahun dengan Tempoh Jaminan Lanjutan (EWP), Standard.
Kos penyelenggaraan dijangkakan pada RM1,980 untuk 2 tahun pertama.
Kekerapan servis selepas 3 servis pertama adalah pada sela jarak perjalanan setiap 10,000 kilometer.
Maklumat diperolehi dari Blog Kelab Proton Exora, hanya dialih bahasa, laman blog tersebut boleh diakses di protonexora.com.my
Selain itu, mungkin ini penyelesaian kepada masalah Proton Perdana V6 oleh ketua-ketua jabatan, kerajaan negeri dan persekutuan (mungkin kerajaan negeri Kedah boleh membatalkan tempahan Perdana V6 mereka):-
Proton Exora Prestige dilengkapi dengan aksesori dan upholsteri mewah, sesuai untuk golongan korporat dan pemimpin, dan juga orang yang berasa tidak cukup dengan Exora biasa sedia ada.
Proton Exora Prestige dilengkapi dengan aksesori dan upholsteri mewah, sesuai untuk golongan korporat dan pemimpin, dan juga orang yang berasa tidak cukup dengan Exora biasa sedia ada.
Tidak lupa, bakal pesaing hebat kepada Honda Stream:-
Proton Exora Prime dengan warna Putih Asli, pasti menarik golongan eksekutif, terutamanya lelaki untuk membeli sebuah.
Proton Exora Prime dengan warna Putih Asli, pasti menarik golongan eksekutif, terutamanya lelaki untuk membeli sebuah.
Malang sekali, harga untuk varian baru Prestige dan Prime ini belum diketahui. Jadi, kita tunggu dan lihat adakah ianya berpatutan harganya untuk dimiliki.
Kepada yang mementingkan aspek keselamatan mengatasi harga, jangan khuatir kerana Exora sudah melepasi ujian perlanggaran Euro NCAP, dan memperolehi taraf 4 bintang untuk ujian tersebut. (Ibarat Band 5 untuk MUET, Band 7 untuk IELTS…sekadar rujukan)
Berita lain berkenaan Exora adalah minat daripada pengedar Proton Australia untuk memasarkan Exora di sana, namun masih di peringkat perbincangan, terutama dari segi penentuan harga dan kapasiti enjin yang masih terhad.
Semoga Exora terus maju, dan menjadi model yang menyinari masa depan Proton di kala syarikat automotif lain menghampiri kebankrapan, seperti Chyrsler di Amerika Syarikat.
Sumber : http://firdausrosli.wordpress.com
Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/
EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.
0 Comments
Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.