Ilmu Akhir Zaman




PROTON EXORA BOLD STANDARD 1.6 CFE

Proton telah memperkenalkan varian terbaru bagi model Exora iaitu Exora Bold Standard dengan CFE! Model ini berada kategori paling bawah bagi model yang dilengkapi enjin turbo CFE dan masih dilengkapi bodykit kecuali rear spoiler.

Harga yang ditawarkan RM68550(Solid) dan RM69000(Metalik), dan tidak dilengkapi reverse sensor, steering wheel with audio switches, front fog lamps, rear spoiler, auto cruise, reverse camera, boot organiser, door visor, tinted windows, multipurpose container, navigator dan hanya menggunakan rim biasa.

Ciri-ciri CFE Standard ini hampir menyerupai model Exora 1.6 cps biasa, cuma ia dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu CFE. Bagi saya, Exra Bold CFE Standard ini lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Exora Bold 1.6 CPS (RM67212~RM71762) berdasasrkan perbandingan enjin dan aksesori yang boleh didapati di dalamnya.

Sumber : Proton-Edar



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments