Ilmu Akhir Zaman




Perjalanan Dalam Kehidupan - KERETA MPV

MPV..hahahaha. Hmmm..sebut pasal kereta MPV mana satu yang menjadi pilihan anda? Bagi saya ada tiga kereta pilihan iaitu PROTON EXORA, PERODUA ALZA dan CHERY EASTER. Kereta ini bukanlah yang terbaik tapi ok lah kerana memandangkan kepada kemampuan dan kapasiti penumpang disamping beberapa kriteria yang lain. Yalahkan poketnya pun kecik kenalah berpada-pada kalau ikutkan kepada kemahuan nanti takut bulan-bulan mengikat perut pula huhuhuhu. Belek punya belek pusing punya pusing dari melaka ke shah alam pastu pusing lagi masuk dalam luar kereta semua belek huhuhuhu dan dapatlah keputusannya.

CHERY EASTER
Kereta MPV jenis ni dah lama dah diperkenalkan di Malaysia kalau xsilap dari tahun 2008 lagilah dengan harga yang murah dalam RM 48 ribu enjin mitsubishi 1.6 dan kapisiti penumpang 8orang berbanding dengan kereta lain. Hmmm memang menarik minat ylh masa tu baru nak berjinak2 untuk memiliki kereta.Tapi masa tu terdengar plak promoter tu menjawab rugutan telefon daripada pelanggan kerana masalah gear dan beberapa masalah teknikal yang lain. So tanyalah sikit2 dekat brader tu apa masalah kereta ni dia cakap xd masalah sebab kereta baru baik lagi tapi kena bawak dengan berhati2lah jgnlah masuk gear kasar sgt tu yang gear boleh rosak...Hmmm pliknya macamnya nak berhati2 plak ni hhuhuhu anggukkan jer masa tu hapah pun xtau pasal kereta baru jer dapat lesen ler katakan huhuhuhu.
Sekarang ni dorang memperkenalkan semula kereta ni dengan design yang lebih sporty harga dalam RM 65 ribu dan rsa2nya dan tambah baik kot semua masalah yang lama2 tu sebab xtnya plak promoter kereta tu psal spek kereta ni huhuhuhu cuma tengok2 jer dalam dan luar kereta huhuhuhu..Kalau tengok daripada design memang ok sebab pilihan untuk leather seat pun ada lagipun enjin dia mitsubishi 1.6. Tapi tulahkn hati ni xberapa percaya dengan mutu keluaran XY ni walaupun dealer kereta tu cakap keluaran tempatan tapi xberapa terkenalpun kenapa eee.. disamping pusat servis yang terhad telah membantutkan hati ini untuk dipikat huhuhu. Nak jadikan cerita adalah sekali tu pg pasar pagi Shah Alam belek punya belek nampaklah pintu kereta tu mcm xrapat jer bila tutup dan senget ckit aduhai dah mula curiga huhuhuhuhu. Walaupun kereta display xkan teruk mcmtu sekali. Lpas tu dah xpandang chery dan pandang kereta exora dan alza jer huhuhu..

PERODUA ALZA
Kalau tengok dari segi design memang menarik kereta ni dengan enjin 1.5 dan leather seat dia fuhhh dah test naik xmau turun dah huhhuhuhu harga pun ok fullset RM65 ribu. Tapi tulah kn cuba dok seat yang paling belakang sekali nk masuk bukan main seksanya pastu kalau duduk plak terasa xselesa yelah badan ni dah lah panjangkan huhuhu. So hold dulu perasaan ni cuba tengok exora sat kalau lether seat dia boleh kalahkan alza dan interior design dia menarik mmg boleh angkat huhuhuhu.

PROTON EXORA
Hmmm last pilihan kereta MPV mmg habis belek punya sampai satu melaka pusing carik proton dealer yang display model exora. Hbis jugaklah 5 kedai pg tgok pastu pg shoping kat tesco nmpak ada dorg display pun tgok jugak even ada kereta exora lalu dan parking sebelah pun sempat tinjau huhuhuhu. Tengok dari segi harga RM75 ribu dengan enjin 1.6 rsa2 oklah kot xamik port sgt ylh alza 1.5 jer huhuhu.So tgok luar dalam dari segi interior design ok lah leather seat dia pun ok tapi xdpt tandingi alza huhuhuhu. Test dok seat yang belakang skli ok senang masuk sebb kerusi dia blh lipat dan ada ruang kaki yang luas sedikit berbanding alza.Hmmm nak jugak test drive tapi tulah xberkesempatan almaklum malu2 dan xyakin bawak kereta orang takut eksiden ke apa huhuhuhu. Hmmm dah decide mau angkat exora sebab memikirkan dari segi keluarga yang ramai hanya exora yang mampu untuk memberi keselesaan huhuhu...hanya tunggu dan lihat waktu keramat untuk memiliki exora putih ku huhuhuhu...

Sumber : http://lokan-boy.blogspot.com



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments