Ilmu Akhir Zaman




Peraturan-Peraturan Berkonvoi Kenderaan Motor, Tatacara Berkonvoi Kenderaan Motor

Tugas-tugas MARSHALL

Marshall akan berfungsi sepenuhnya bila di iringi polis BERUNIFORM LENGKAP. Tugas marshall sebagai pembantu polis sahaja utk melancarkan laluan trafik semasa berkonvoi.
Marshall tidak boleh sesuka hati memblock laluan jalan raya walaupun ada lesen marshall. Hanya polis yang ada kuasa untuk memblock laluan dan kemudiannya diserahkan kepada marshall sebagai pembantu.
Marshall tidak boleh pandai2 hijaukan trafik light bila trafik light merah, jangan benarkan ahli konvoi anda jalan. Jangan buat sekatan utk beri laluan konvoi anda semasa di traffic light. Kiranya ada ahli yang tercicir, Sweeper akan menjalankan tugasnya. 

Komunikasi 

Penggunaan radio iaitu walkie-talkie/mobile rig semasa konvoi adalah penting untuk memastikan setiap ahli " konvoi " berada dalam keadaan teratur dan selamat.

Semasa memandu, perbualan adalah di antara First Car, Sweeper, Safety Car, Last Car atau Control mengikut mana yang telah dilantik oleh AJK bertugas. Walaubagaimanapun, dalam perjalanan yang agak jauh melalui highway, ahli dibenarkan untuk QSO pendek sahaja dari masa ke semasa, untuk menghilangkan rasa mengantuk atau ’boring’ TETAPI bukan di dalam bandar/pekan kerana ada maklumat atau info penting yang akan disampaikan oleh marshall yang bertugas berkenaan dengan keadaan jalan atau kesesakan trafik semasa berkonvoi.

Lampu Strobe & Sirens 

Semasa berada di dalam konvoi, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama sekali kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority untuk menggunakannya dari pihak berkuasa (kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa). Penggunaan peralatan ini akan membuatkan pengguna jalanraya yang lain menjadi panik dan dikhuatiri akan mengakibatkan kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam konvoi (bukannya hazard lights!!!). 

Kelajuan

FIRST CAR (Leader) sebenarnya perlu berada dlm tempoh 20-30 saat di depan konvoi kerana peranannya adalah utk memastikan keadaan trafik berjalan lancar dan akan memberi laporan kepada Control dan seterusnya kepada Marshall yang bertugas.

FIRST CAR (Leader) akan perlahankan kelajuan SELEPAS tol dengan tujuan supaya group yang lain dapat memasuki semula di dalam barisan konvoi. Semua akan mencapai kelajuan konvoi yang dibenarkan setelah LAST CAR memberitahu kesemuanya melepasi tol. Perlu diingat, tidak perlu MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas tol. Begitu juga perkara yg sama berlaku sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.

Bila berhampiran dengan tol atau lampu isyarat, konvoi boleh menggunakan lane yang berbeza, atas alasan untuk memendekkan masa, dan FIRST CAR (Group Leader) akan mengetuai semula groupnya ke dalam barisan konvoi tersebut. 

Ketepatan masa 

Oleh kerana " konvoi " bergerak secara berkonvoi/berkumpulan dan masa perlu diikut seperti yang ditetapkan/dirancang. Menunggu adalah tidak dibenarkan….. LATE COMERS perlu mengejar konvoi atau terus menuju ke destinasi. Paling maksima untuk menunggu adalah dalam 5-10 minit, " konvoi " terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu lewat ke tempat yang dirancang demi menjaga imej serta reputasi kelab, tambahan bila kelab menghadirkan diri atas jemputan Kementerian atau Pihak Luar. Di harap mendapat kerjasama dari semua ahli " konvoi ".

Tugas FIRST CAR (Leader)

Mengetuai konvoi dan memberitahu sekiranya ada apa apa di hadapan melalui walkie talkie atau kemudahan lain..perlu memberi penerangan (breafing) kepada ahli ahli konvoi serta memperkenalkan marshall yang bertugas. Selain dari tu, semasa berada di dalam konvoi, leader perlu mengambil tahu atau melihat EXORA di belakang samaada ada EXORA yang tertinggal atau jauh ketinggalan.

Tugas Sweeper

Setiap sweeper adalah selang dari 5 biji EXORA atau 10 biji EXORA mengikut berapa EXORA yang berkonvoi supaya konvoi tidak berpecah atau tersesat, misalnya di trafik light (lampu bertukar ganti), di tol atau terdapat kereta yang bermasalah di jalanraya. Sweeper perlu berkomunikasi dengan marshall yang bertugas. Tugas sweeper adalah memberi arahan/warning kepada kereta yang terlalu laju atau terlalu perlahan. Sweeper juga boleh memhalang/blok jalan untuk laluan konvoi....tetapi tidak semestinya semua jalan....hanya jalan jalan yang tertentu sahaja.

Tugas LAST CAR

EXORA yang paling belakang dan tugas LAST CAR ialah berkomunikasi dengan marshall yang lain sekiranya ada EXORA yang tertinggal.

Safety Car

Membawa peralatan peralatan membaiki kenderaan dengan secukupnya..Selalunya akan diberi kepada yang arif tentang enjin. Peralatan yang wajib seperti tali, spanar, jed, lampu kecemasan, jumper dan lain-lain peralatan berkaitan dengan EXORA.

Maklumat Penting: 

Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, sesiapa pun TIDAK DIBENARKAN berhenti kecuali LAST CAR, SWEEPER atau SAFETY CAR …. ini adalah untuk keselamatan, (selalunya 'attitude' serta mentality rakyat Malaysia suka memberhentikan kereta dan menganggu di lokasi kejadian, akan menyebabkan terjadinya kesesakan lalulintas & berkemungkinan berlakunya kemalangan yang lain).

Konvoi yang lain sepatutnya meneruskan perjalanan hingga ke destinasi yang ditetapkan. Last Car dan Safety Car akan berada di lokasi kejadian dan akan memberi laporan kepada Marshall bertugas berkenaan situasi tersebut dari masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi, sekiranya perlu.

Kerjasama dari semua ahli " konvoi " untuk mematuhi arahan-arahan di atas semasa perjalanan konvoi amat diharapkan agar perjalanan " konvoi " pergi dan balik semasa konvoi teratur dan selamat.


Terima kasih.

Sumber : http://nexonr.blogspot.com



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments