Ilmu Akhir Zaman




Exora dan masalahnya….

Salam untuk semua.

Untuk rekod, aku dah memiliki dan menggunakan Exora MPV Nasional yang pertama, sejak 1hb February 2011. Bermakna, dah hampir 10 bulan aku bersama Exora M-Line.

Sepanjang hampir 10 bulan, ada beberapa masalah yang boleh aku kongsikan disini buat renungan dan rujukan. Bukan aku nak “kondem” MPV nasional pertama kita, cuma sekadar berkongsi maklumat.

Pertama :

Tak sampai sebulan aku menggunakan Exora, plug 12V (cigarette lighter) tak berfungsi. Bawa ke pusat servis sewaktu servis percuma yang pertama untuk diperiksa.

Masalah selsesai. Rupanya masalah connection saja.

Kedua :

Setelah lima bulan menggunakan Exora, aku didatangi dengan sepucuk surat dari pihak Proton, yang meminta aku membawa Exora aku ke pusat service dengan alasan untuk penambahbaikan. Dinyatakan bahawa radiotor fan motor perlu ditukar.

Aku bawa Exora aku ke pusat service walaupun setakat masa tu tiada masalah yang timbul berkaitan dengan radiator fan motor aku. Ianya digantikan dengan yang baru tanpa apa-apa bayaran (masih dalam warranty). Lagipun telah dinyatakan bahawa segala kos ditanggung oleh pihak Proton.

Masalah selesai.

Ketiga :

Dalam bulan lepas ( Oktober 2011 ), aku terima satu lagi surat dari pihak Proton. Kali ini diberitahu dan dinasihatkan, tidak menggunakan car jack buat sementara waktu. Diminta juga berjumpa dengan pusat servis untuk mendapatkan car jack yang baru. Difahamkan bahawa car jack yang sedia ada itu, bermasalah. Kemungkinan car jack itu akan menggelongsor ke bawah bila digunakan. Mungkin boleh membahayakan pengguna.

Sudah ke pusat servis, tapi masih belum dapat gantian. Pusat servis terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu. Mungkin lambat sikit sebab, gantian yang perlu dibuat oleh pihak Proton adalah banyak, maka mengambil masa sedikit.

Keempat :

Selepas saja dapat surat dari Proton untuk gantian car jack tu, lampu depan sebelah kiri, masuk air. Bila hujan dan memerlukan memasang lampu, terdapat kabus di dalamnya. Memang merunsingkan mata melihatnya.

Semasa menghantar Exora aku tu untuk servis percuma kali ketiga dalam awal bulan nie, aku secara rasmi membuat tuntutan bagi menggantikan lampu kiri tu. Diberitahu, mungkin mengambil masa 2 minggu untuk tempahan sampai.

Sewaktu post ini dibuat, masih menunggu panggilan dari pusat servis.

Kelima : (yang terakhir setakat ini…harap tiada lagi masalah yg bakal timbul)

Semalam, sewaktu aku memandu dalam hujan dan memasang aircond, terasa kurang sejuk. Angin di sebelah tepi bahagian depan penumpang tak kuat, walaupun telah dipasang ke tahap 3 & 4.

Tak lama lepas tu, terdapat wap air (asap) yang keluar dari lubang aircond tu. Bila dah terjadi begitu, aircond langsung tak sejuk. Terdapat titisan air di lubang air cond tu.

Masih belum bawa ke pusat servis. Aku cuba mencari jawapan dengan melayari internet. Mencari perkongsian dari pengguna Exora yang lain.

Antara tips yang mungkin boleh aku gunapakai adalah, jangan gunakan aircond buat sementara, mencuci aircond filter terlebih dahulu dan kerap mencuci pelapik kaki dibahagian depan (pemandu dan penumpang. Alasannya : aircond menyerap debu-debu di karpet pelapik kaki menyebabkan tersumbat.)

Sumber : http://www.duniabujang3.wordpress.com



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments