Ilmu Akhir Zaman




Exora Bold Lebih Berkuasa, Lancar

Di dalam penampilan terbaru MPV Exora, model terbabit dipakejkan dengan ciri-ciri baru yang cukup menarik. Memandunya dari Kuala Lumpur Isnin lalu sedikit-sebanyak memberikan kesempatan untuk melihat sendiri sama ada Exora Bold benar-benar mampu memberikan pengalaman yang berbeza berbanding versi enjin CPS yang diperkenalkan dulu.

Banyak pembaharuan yang dilakukan kali ini terhadap Exora Bold sebagai memenuhi keperluan pelanggan berdasarkan maklum balas dari versi terdahulu. Walaupun masih mengekalkan enjin 1.6L Campro, penghasilan kuasanya tidak lagi berada di takuk lama dengan pengenalan sistem Charged Fuel Efficiency (CFE) menggantikan CPS.

Menurut Jurutera Pembangunan Janakuasa (Powertrain), Bahagian Kejuruteraan Proton, Enoch Abraham, Exora Bold terbaru menjalani penambah baikan utama untuk meningkatkan prestasinya. “Pertama, ia kini dilengkapi dengan ‘force-induction system’ iaitu pengecas turbo bagi meningkatkan output dari enjin. Untuk penghantaran kuasa pula, ia tidak lagi menggunakan transmisi automatik biasa seperti dulu. Ia kini dilengkapi dengan sistem transmisi CVT,” jelas Enoch.

Dengan penggunaan sistem janakuasa terbaru pada Exora Bold, sejumlah 86kg berat keseluruhannya dapat dikurangkan berbanding model lama. “Dan, kali ini Exora akan berikan apa yang diperlukannya selama ini, iaitu bacaan tork maksimum yang kini mencatat 205Nm pada 2,000-4,000rpm,” tambah beliau lagi.

Dan, sudah tentu bacaan tork terbaru ini, yang mana dari enjin yang sama turut memberikan sehingga 138hp kuasa maksimum, memandu Exora Bold ini jauh berbeza berbanding model terdahulu. Dengan kapasiti enjin 1.6L, Exora Bold kini mampu mencapai bacaan tahap prestasi yang menyaingi MPV 2.0L.

Janaan tork pada julat pusingan enjin yang rendah memberikan daya tujah yang banyak membantu pemanduan, baik ketika kenderaan berkenaan membawa penumpang ramai atau pun ketika dalam keadaan mendaki cerun tinggi. Laluan di lebuh raya Karak misalnya tidak lagi menjadi beban bagi Exora Bold.

Model ini juga mengambil kira penawaran tiga perkara berikut kepada pemilik; penjimatan bahan api, pengurangan kadar pencemaran serta keselesaan perjalanan. Dan, dengan jelmaan terbaru ini, Exora Bold mampu memberikan semua itu. Sebagai contoh, ketika tanggi petrolnya mencecah separuh digunakan, bacaan meter jarak perjalanan yang dicatatkan adalah sekitar 300km. Ini bacaan yang agak baik, mengambil kira perjalanan jauh dengan tiga penumpang dewasa.

Transmisi CVTnya juga menawarkan pemanduan yang lebih lancar. Ia jauh berbeza dengan pengalaman memandu Exora versi sebelumnya. Tiada lagi enjin yang seakan-akan terbeban dan meraung. Ia kini mampu menggalas tugas yang lebih baik sebagai sebuah MPV.

Exora Bold di tawarkan di dalan dua versi iaitu Exclusive dan Premium, dengan tambahan model paling lengkap dan elegan, Exora Prime. - Hazril Hafiz, 22 Disember 2011.

*Spesifikasi Exora Bold

Enjin: 1.6L CFE
Kuasa maksimum: 138hp @ 5,000rpm
Tork maksimum: 205Nm @ 2,000-4,000rpm
Transmisi: CVT
Ciri-ciri keselamatan: Beg udara, ABS dll.
Harga: RM79,998

Sumber : http://www.bhauto.my



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments