Ilmu Akhir Zaman




EOCMotorsport : Mega Annual Gathering 2014

Lama jugak tak tulis new entry. Bulan Februari ni nampak a bit tight dalam schedule aku. Selain tugasan kerja hakiki, aku betul-betul sibuk dalam menguruskan perancangan serta program untuk acara Mega Annual Gathering (MAG) EOCMotorsport yang akan berlangsung pada 31hb Mei 2014 hingga 2hb Jun nanti.

Bila sahaja ada masa lapang, memey aku akan mengadap hal-hal berkaitan MAG. So orang kata "Bangun MAG, Mandi MAG, Tidur MAG, Makan MAG, Minum MAG". Hahaha.

Back to MAG, as Geng Lendat menjadi hos kali ni maka untuk menggerakkan usaha, AJK MAG 2014 telahpun di tubuhkan dan aku telah diberikan tanggungjawab yang agak mencabar iaitu untuk menguruskan pasukan AJK MAG 2014. Dan dari situ, bermulalah pengisian masa lapang aku dengan mostly melakukan tugasan yang berkaitan dengan MAG.

Nak kick-off gear 1 memang payah sebab nak tetapkan hotel penginapan al maklum sajalah yang Melaka ni memang among the hottest tourist spot kat Malaysia especially for local & Singaporean. Jadi hotel-hotel yang mempunyai nama serta yang terletak di lokasi tumpuan tidak dapat menawarkan harga yang mengikut bajet meskipun jumlah bilik yang mahu di tempah melebihi 100 unit.

Aku turut bekerjasama dengan Unit Promosi Pelancongan Negeri Melaka dalam usaha untuk mendapatkan harga terbaik namun pengurugan harga yang diberikan oleh pihak hotel selepas sokongan dari Tourism Melaka juga tidak menunjukkan penurunan yang mendadak terhadap harga pakej penginapan. Agak lama juga usaha pencarian hotel dan akhir sekali dapat juga kami bekerjasama dengan sebuah hotel yang terletak di MITC, Ayer Keroh iaitu Hotel Permaisuri MITC. It is not a 4 or 5 stars hotel tetapi ianya sesuai untuk dijadikan hotel penginapan MAG 2014 ini dengan bajet yang rancang. Plus pengurusan Hotel Permaisuri MITC juga tampak begitu fleksibel dan bersungguh dalam memenuhi keperluan yang aku serta AJK lain usulkan.

Once hotel penginapan selesai, rangka program pengisian selama 3 hari 2 malam pun di lakukan. Selepas perbincangan demi perbincangan bersama AJK serta Penasihat, maka rangka program MAG 2014 pun siap dengan jelas.

Setelah semuanya berada di atas landasan, maka aku bersama AJK MAG telah menetapkan 1 tarikh untuk program ini di bentangkan kepada Ahli Majlis Tertinggi EOCMotorsport. Alhamdulillah, perbentangan berjalan dengan baik serta mendapat sokongan daripada mereka.

Now, pendaftaran telahpun dibuka kepada semua ahli-ahli EOCMotorsport untuk mereka menyertai acara yang menarik ini. Tumpuan AJK sekarang selain memastikan segala program yang dirancang berjalan mengikut progress, kami juga sibuk dalam mencari sebanyak mana sponsorship yang boleh kami perolehi. So far Alhamdulliah, telah ada beberapa syarikat serta individu yang bersedia untuk memberi sumbangan yang sedikit sebanyak akan dapat menjadikan MAG 2014 lebih meriah. Kepada yang ingin menyumbang, anda amat dialukan-alukan untuk berbuat demikian.

Laman rasmi Facebook MAG 2014 telahpun dilancarkan di

https://www.facebook.com/groups/eocmotorsportmag2014/.

Di sini terdapat segala maklumat serta berita-berita terkini tentang MAG 2014.

Perjalanan masih jauh, persediaan perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan kelancaran program. Aku bertuah kerana mempunyai beberapa AJK dari Geng Lendat yang bersama bekerja keras dalam usaha ini. This is not a one man show, ini adalah program yang perlu dijayakan dengan semangat berpasukan. This is a good platform untuk membuktikan semangat tersebut.

So, Mega Annual Gathering 2014 ... here we go !

Sumber : http://bersamaexoraku.blogspot.com



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments