Ilmu Akhir Zaman




Car Talk: Proton Exora Bold 1.6 CFE Standard

Nama yang agak panjang. Tapi ianya satu tindakan yang bijak daripada Proton. MPV yang berat seperti Exora memerlukan engine paling kurang 2.0 liter atau 1.6 turbo untuk mengelakkannya menjadi underpower. Dalam kata mudah, engine power tak sesuai dengan berat kereta.

Curb weight (berat kosong) Exora ialah 1400kg. Manakala curb weight Alza ialah 1100kg. Nampak tak. Aku sendiri pun tak sure kenapa Exora ni berat sangat. Tapi aku syak banyak redundant structure untuk meet crash test requirement. Gross Vehicle Weight (GVW) atau pun berat maksimum untuk Alza ialah 1400kg. Manakala Exora ialah 1900kg. Sebab tu Exora memerlukan engine yang lebih power untuk pemanduan yang lebih responsive dan selamat.

Sebelum ni, hanya Exora Bold premium sahaja yang dilengkapi dengan engine CFE. Mungkin untuk boost sale Exora, variant standard juga dilengkapi dengan engine CFE. Beza antara spec Exora Bold standard compare dengan Bold Premium ialah takde leather seat, takde radio bluetooth dan dvd player, takde butang audio pada steering, takde cruis control dan takde side mirror boleh lipat. Walaupun banyak 'takde', sebenarnya itu semua aksesori. Safety features masih maintain seperti ABS, EBD, Dual Airbag, dan disc brake depan belakang.

Sesuai dengan tagline, 'Prestasi bukan lagi suatu kemewahan'. Bagi aku kereta ni memang ada prestasi tapi tak mewah sebab aksesori tu sebenarnya lambang kemewahan.

Menggunakan CVT yang digabungkan dengan engine CFE ialah satu lagi tindakan brilliant. Hanya CVT sahaja yang boleh memberikan high engine torque pada low speed. Ini penting untuk menjadikan kereta lebih responsive.

Harga untuk Exora Bold Standard ini ialah RM69k. Murah RM10K compare dengan Exora Bold Premium. Kalau convert sendiri Exora Bold Standard ni jadi Exora Bold Premium, tak sampai pun RM10K. Range price untuk Exora Bold Standard ni dah termasuk dalam range harga mini sedan. EBS boleh dikatakan kereta value for money untuk family yang ada at least 3 orang anak atau anak2 dah remaja.

Sumber asal : http://www.PaulTan.org



Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Post a Comment

0 Comments