update aku dah beli exora bold cfe turbo selama 3 bulan dah...sampai skang dah 6 masalah..sebelum beli aku google tengok ramai ada masalah enjin aku ingat kes terpencil jer rupanya benda tu berlaku pada aku juga. masalah setakat nie
1. mula2 ambik 1 kunci alarm tak berfungsi
2.sebulan guna masa tu balik kampung enjin leaking menitik ke lantai. bawa center katanya ada bocor di turbo dan di tepi enjin belah kanan..5 hari kereta tersadai disana
3disk brek masalah. time brek streng gegar
4. lepas dah baiki item 2 dan 3 diatas masa dalam mode gear D ade ke patut kereta terundur masa tu di trafik light bukan curam mana pun tempatnya
5.susah nak start dan baiki reset ECU TCU
6. masalah ke 6 time masuk gear R punyalah laju kereta mengundur padahal tak tekan minyak pun time tue..bawa center katanya sistem bercelaru..semua dah baiki
kesimpulan semua masalah dah settle tapi kena mantau juga takut masalah berulang lagi...nampaknya nasib tak berapa baik,,banyak masa dibazirkan di service center..menyesal pun ada beli..kawan2 cakap nape tak soh tukar kereta baru jer..minta maaf jelah proton nak tukar baru
Sumber : http://www.putera.com
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/
EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.
0 Comments
Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.