Kemudian pada bulan 7 2012 kenderaan saya ini dibawa untuk servis ke 2, saya dinasihatkan untuk menukar one way valve (ovc) yg berada dalam enjin. maka enjin perlu dibuka..Berat juga hati ni nak lepaskan kerana baru guna 5 bulan dah kena buka keseluruhan enjin.
Seterusnya pada 15/12/2012 exora saya ini mati secara tiba2 dan bunyi geseran yang kuat didalam enjin. Berlaku di Kulai kemudian ditunda (towing) ke kluang dengan kos RM310..Setelah diperiksa, maka didapati kepala piston ke 3 telah bocor, kepala plug ke 3 juga hancur dan valve patah kerana berlaga dengan plug. Akhirnya saya diberi jaminan dengan penukaran enjin baharu. Namun sehingga kini 26/01/2013, kenderaan saya masih lagi tersadai di pusat servis kluang.
Adakah kes seperti ini ada pihak yang boleh membantu untuk membuat tuntutan kerugian? Tuntutan kerugian yang saya buat terhadap proton langsung tidak dilayan. Maka saya telah membangunkan facebook bernama exora cfe rosak untuk mereka yang menghadapi masalah seperti saya agar dapat dikongsi bersama masalah mereka. Diharap pihak proton tidak menjadikan rakyat sebagai tikus makmal mereka..Sekian terima kasih…
By: rais rashid
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my
Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/
EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.
0 Comments
Penafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.