Kepada kengkawan yang ada masalah berikut pada exora anda sila iku cadangan saya mana tau buleh selesai:
1- Enjin Leaking - Suruh sc check VVT..kalau retak suruh tukar.. dan jgn lupa suruh sc taruk sealant kat cap head tuh.. Pengalaman saya.. walaupun dah tuka VVT masih leaking lagi kalau tak letak sealant pada cap head tuh..dia menitis ikut situ.
2- Enjin Jerking / Kdg kdg jerking atau masa undur keta..enjin mati - suruh sc upgrade ECU kepada software terkini, reset sekali cvt / gearbox . kalau masih jerking.. suruh tukar sekali OCV. Pengalaman exora saya.. masalah jerking tuh buleh selesai..
3- kalau bunyi guk guk.. atau kriuk kiruk masa gerak exora .. mcm bunyi spring absorber.. suruh SC check lower arm .. kebiasaan longgar. depa akan ketatkan ..insyallah masalah tuh akan selesai..
4- Kalau korang ada masalah One Way Valve.. (yg exora keluaran awal) .. pi je la tuka abru jgn tunggu lama lama.. skang ni depa ada tools terbaru utk keluarkan dan pasang OWV tuh bagi mengelakkan masalah tuh berlaku balik. sebab ada yg dah tuka baru tapi masih berlaku masalah yg sama.. Ini berpunca daripada tools tuh.. masuk tak elok.
semoga exora anda dalam kondisi terbaik..
Sumber : FB-Exora Bold Owners Club
Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/
EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.
2 Comments
Aku punya kereta exora turbo berbunyi..tukar baru pun sama..i ni dah sangat kecewa dengan exora ni
ReplyDeleteAssalam..saya pemilik exora bold keluaran 2016. Masalah yg dihadapi adalah bunyi air mendidih di bahagian dpn sblh kiri. Mohon rakan-rakan utk share bg menyelesaikan masalah tersebut.
ReplyDeletePenafian : Sebarang maklumbalas yang dikemukakan oleh "tukang-komen" BUKAN mewakili maksud yang dipersetujui oleh seluruh warga kerja eocm-malaysia secara langsung mahupon tidak langsung, sebaliknya adalah merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat "tukang-komen" sendiri. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dan semua ulasan adalah tanggungjawab sendiri.